Privacy Policy

PANDUAN PENGGUNA MALAYSIA

MENGENAI YASALMA

Jenama & Pengasas
Yasalma ialah jenama milik pengasas Malaysia dengan kerjasama pengusaha kilang Aleppo yang berpengalaman

LOKASAI KILANG
Kilang berasal dari Syria, kini berpindah ke Turki.

KEASLIAN PRODUK
Semua produk adalah 100% semulajadi dan asli dihasilkan oleh pengilang warga Syria yang berpegalaman sejak tahun 1925.

BAHAN MENTAH

Bahan semulajadi dari minyak zaitun dan minyak laurel  dengan dos tertinggi , asli dan berkualiti dituai dari ladang Syria dan Turki.

HARGA PREMIUM

Disebabkan penggunaan bahan gred tinggi dengan dos minyak laurel yang tertinggi, maka harga Yasalma adalah premium. Perlu difahami bahawa semakin tinggi  peratusan minyak laurel, semakin memberi kesan yang lebih baik untuk kulit dan rambut. Semakin kurang  kandungan minyak laurel dalam sabun zaitun maka semakin murah harga sabun Aleppo terlibat.

PEMBELIAN

1. Terima Parcel

Sebelum membuka bungkusan, sila rakam video sebagai bukti sekiranya terdapat kecacatan atau masalah penghantaran.

2. Jika Item tersalah pos.

Klik pautan [di sini] untuk membuat laporan dan tindakan lanjut.

3. Panduan penggunaan

Laurel 78%

Memberi kesan yang istimewa  seawal penggunaan pertama atau sehingga 6–8 minggu.

Sesuai sebagai pembersih muka 2–5 kali sehari.

Boleh menggantikan double cleansing untuk menanggalkan make-up & sunscreen kalis air.

Sauda Olivie

Digunakan sekali sehari pada waktu malam.

Tidak digalakkan dicairkan kerana kandungan laurel hanya 5%.

Gejala Semasa Proses Penyesuaian (Purging / Detox Kulit)

Kulit mungkin mengalami:
* Gatal
* Jerawat timbul
* Lebih berminyak

Jika selepas 8 minggu tiada perubahan positif, bermakna kulit tidak serasi.

Jangan risau — sabun Yasalma adalah 100% semula jadi.

Gabungan Produk

Tidak digalakkan guna bersama produk bukan semulajadi

Namun, boleh terus digunakan selepas berhenti produk bukan semulajadi kerana laurel bersifat meneutralkan toksik & kimia.

CIRI SABUN YASALMA

Tiada pewarna, pewangi tiruan, penggalak buih, atau pengawet.

Sabun Aleppo biasanya timbul dalam air namun Sabun Royal Aleppo Yasalma Laurel 78% tenggelam dalam air kerana dibuat melalui proses cold pressed & compressed. Menggunakan minyak laurel segar — lebih padat & lembab.

PENYIMPANAN

Sabun mudah cair kerana diperbuat daripada minyak laurel & minyak zaitun asli.

Simpan di tempat kering selepas digunakan.

Sebaiknya letak atas span penggosok badan dalam bekas sabun supaya cepat kering dan tahan lama.

5. Pencairan Sabun (Liquid Soap)

Jenis Sabun Sesuai Dicairkan? Nota Penting

Laurel 78% ✔ Sesuai dicairkan untuk disimpan dalam bentuk liquid.

Mengandungi properti antibakteria semula jadi, cairan tidak mudah rosak walaupun tanpa pengawet.

Gunakan botol auto-foam (150ml air tapis + potongan sabun kecil 25g).  

Sauda Olivie ✘ Tidak sesuai Kandungan laurel hanya 5%, larutan mungkin cepat rosak. Selain itu, bijian habbatussauda dalam sabun boleh menyumbat pam auto-foam.
Aleppo Classic (<20% laurel) ✘ Tidak sesuai Lebih baik digunakan dalam bentuk bar.

KEGUNAAN SABUN

Untuk Wajah

Hanya Laurel 78% dan Sauda Olivie digalakkan.

Untuk Rambut & Badan

Sabun Aleppo Classic (20%–40% laurel).

Saiz sabun besar ±200g, disarankan potong ¼ dahulu untuk digunakan selam1-2 minggu, simpan selebihnya.

Cara Guna sebagai syampu (Laurel 40–50%)

1. Basahkan rambut.

2. Gosok sabun terus pada rambut hingga berbuih.

3. Bilas, ulang sekali lagi (2 kali cucian).

4. Selepas bilasan, rambut mungkin rasa kesat/kasar — tetapi akan jadi lembut dalam 5–10 jam.

5. Tidak perlu perapi, serum atau produk tambahan kerana Aleppo laurel 40-50% sudah  cukup memadai untuk kecantikan dan kesihatan kulit kepala dan rambut.

6. Gunakan setiap hari selama 7 hari pertama, kemudian boleh guna selang sehari.

PENSIJILAN

Lab Test: Produk diuji selamat  oleh SIRIM

KKM: Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Halal: Memiliki sijil halal Turki.

POLISI PEMULANGAN

Tiada pemulangan setelah item digunakan kecuali isu kesilapan pos oleh pihak penjual.

Yasalma laurel 78% adalah yang terbaik untuk semua jenis dan kondisi kulit wajah termasuk kulit berjerawat, terlalu sensitif, kulit kering, eczema serta jeragat. Boleh digunakan juga sebagai syampoo dan sabun badan untuk hasil selembut sutera.

Sauda Olivie merupakan sabun Aleppo yang dikisar bersama minyak habbatussauda, minyak laurel serta madu. Digunakan untuk meredakan masalah resdung kronik, membantu memudarkan jeragat, melasma, parut jerawat hitam dan sunburn. Hanya boleh digunakan 1-2 kali sehari dengan diiringi pelembab Yasalma.

Aleppo klasik yang mengandungi 40%-50% minyak laurel dan 50%-60% minyak zaitun. Terbaik untuk pemulihan rambut rosak, gugur, kelemumur, psoriasis , kegatalan kulit kepala serta kulit badan extra sensitif, kering, jerawat badan, jagkitan kulat serta eczema kronik.

Sabun Aleppo klasik dengan 10% minyak laurel adalah terbaik untuk kulit badan secara umum. Sesuai untuk kulit normal dan eczema ringan, ruam biasa serta badan berbau. Mengambil masa agak lama utuk melembutkan rambut jika dibandingkan dengan Aleppo klasik laurel 40-50% yang lebih cepat