
Apakah Mineral Sunscreen dan Mengapa Ia Sesuai untuk Kulit Sensitif?
Mineral sunscreen ialah pelindung matahari yang menggunakan mineral seperti Zinc Oxide (Zink Oksida) dan Titanium Dioxide (Titanium Dioksida) untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
Kedua-dua mineral ini berasal daripada sumber semula jadi digunakan dalam YASALMA Tinted Mineral Sunscreen.
Bagaimana Mineral Sunscreen Berfungsi?
Apabila disapu, mineral sunscreen membentuk satu lapisan perlindungan pada permukaan kulit.
Lapisan ini melindungi kulit melalui dua cara:
* Menyerap sinaran UV dan menukarkan tenaganya kepada haba yang sangat kecil.
* Memantulkan dan menyerakkan sebahagian sinaran UV, sekali gus mengurangkan jumlah sinaran yang sampai ke kulit.
Mengapa Mineral Sunscreen Sesuai untuk Kulit Sensitif?
1 Risiko iritasi yang lebih rendah
Zinc Oxide dan Titanium Dioxide secara umumnya mempunyai toleransi kulit yang baik. Sebab itulah mineral sunscreen sering disyorkan kepada individu yang mempunyai kulit sensitif atau mudah mengalami kemerahan.
2.Bertindak terutamanya pada permukaan kulit
Penapis UV mineral kekal terutamanya pada lapisan luar kulit yang utuh, dengan penyerapan sistemik yang sangat rendah.
3.Sesuai untuk kulit yang mudah mengalami ketidakselesaan
Bagi sesetengah individu yang mengalami rasa pedih atau iritasi apabila menggunakan sunscreen tertentu, formulasi mineral mungkin lebih selesa.
4. Memberikan perlindungan UVA dan UVB
Perlindungan UV membantu mengurangkan risiko kulit terbakar, kerosakan akibat cahaya matahari, penuaan pramatang dan penggelapan kesan pigmentasi.
Apa Bezanya dengan Chemical dan Hybrid Sunsc
Keistimewaan YASALMA
YASALMA Tinted Mineral Sunscreen menggunakan 100% penapis UV mineral, serta mengandungi minyak buah laurel, aloe vera, gliserin dan bahan botani terpilih.
Formulasi berwarna membantu menyekatakan penampilan tona kulit, manakala silika menyokong kemasan matte yang lebih kemas.
Minyak laurel pula mempunyai sebatian yang dikaji kerana potensi sifat antioksidan dan anti-radang, walaupun keberkesanan menenangkan kulit dalam produk siap masih bergantung pada formulasi keseluruhan.
Kesimpulannya: Mineral sunscreen ialah pilihan yang baik untuk dipertimbangkan oleh pemilik kulit sensitif kerana penapis UV mineral secara umumnya mempunyai risiko iritasi yang rendah. Namun, kesesuaian sebenar tetap bergantung pada keseluruhan bahan dan keadaan kulit individu.
Y